UTHM

Tuesday, November 2, 2010

Renungan Sejenak (Iman Mengatasi Nafsu)

Saya suka sangat tengok jari-jemari temanwanita saya, cantik betul. Sungguh! Sampai sayatakut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinyapatah, tapi takut nanti jari-jemari kami tak bolehsaling bantu-membantu di satu hari yang amatdahsyat di hadapan Yang Maha Esa.

Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantikbetullah, sungguh! Sebab itu saya belikan diatudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok,bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasaditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampaibila-bila! Takut nanti dibakar dek api neraka, disuatu hari yang amat dahsyat di hadapan YangMaha Pencipta!

Saya suka sangat tengok body teman wanitasaya, solid betul. Sungguh! Sebab itu saya belikandia telekung supaya masa dating dengan Kekasihdia Yang Utama, dia jaaaaaauh lebih cantik danberseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapatpahala! Syoknya!

Saya sedih sangat bila tengok teman wanita sayatidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya.Saya pun macam tu juga. Si dia tanya, Apaubatnya, bang? Saya pun bagi dia al-Quransebagai penenang jiwa! Semoga dia cintakan-Nyalebih daripada saya

Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam. Makan, minum, jaga diri, pandu keretaelok-elok! Nanti awak saya juga yang susah hati,bla lah bla bla. Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib bagitu saja, diatidak kata satu apa pun. Aduuuuh! berdosanyasaya!

Saya memang sayang sangat pada dia. Sayamahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasihsayang di akhirat, berdating di syurga kerana disitulah tempat yang kekal selama-lamanya...KERANA CINTA YANG HAKIKI ITU HANYALAH PADA ILAHI....

Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami semoga kami dapat kekal selama-lamanya, di syurgaMU nan abadisuatu hari nanti. Amin!!

0 comments:

Post a Comment